Wednesday, 25 January 2017

Ho-Hey SPM!



Setelah 5 tahun berperang,
berhempas pulas dari tingkatan 1 hingga 5 akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba; hari tamatnya peperiksaan terbesar yang boleh dikatakan 'berprestij' sewaktu sekolah menengah yang dinamakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sewaktu aku menduduki peperiksaan yang berlangsung selama satu bulan setengah itu, terdapat beberapa orang calon luar yang menduduki peperiksaan ini dengan menumpang di sekolah yang menjadi tempat aku menimba ilmu selama ini di SMK Putrajaya Presint 11(2). Majoritinya mengulang subjek teras terutamanya Bahasa Inggeris dan rata-ratanya terdiri daripada individu dalam golongan umur pertengahan.
        Syukur ke hadrat ilahi, aku berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang, keputusan yang amat aku ingin dan idamkan setaraf dengan usaha titik peluh aku sebagai persediaan ke arah peperiksaan SPM yang sebenar, memperoleh semua A keseluruhan 10 subjek dalam Peperiksaan Percubaan SPM. Aku sendiri agak terkejut pada mulanya selepas mendapat tahu tentang keputusan itu, lantaran itu aku melihat kembali pada segala usaha yang telah aku lakukan pada hari-hari sebelumnya dan berniat disulami rasa tekad untuk meneruskan usaha ke arah peperiksaan SPM sebenar yang akan menjelang tiba tidak lama lagi selepas keputusan peperiksaan percubaan itu diumumukan. Aku akan ceritakan serba sedikit tentang diri aku. Jarak di antara rumah aku yang bertempat di Sepang, Selangor dengan sekolah agak jauh iaitu sekurang-kurangnya 20 kilometer. Hal ini tidak menjadi satu kekangan mahupun pengahalang kepada aku kerana aku melihat kepada orang-orang dahulu yang hanya berjalan kaki ke sekolah berpuluh-puluh kilometer tanpa ada sikit pun rasa keluh. Ada juga yang hanya makan ubi kayu mengalas perut untuk terus hidup pada zaman penjajah. 


Lalu aku pun mulakan hari dengan lebih awal bak kata pepatah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian supaya tidak terlewat untuk pergi ke sekolah mahupun ke kelas tambahan hari Sabtu yang diadakan oleh guru-guru. Mereka berusaha dengan sehabis daya untuk membantu aku dan rakan-rakan meniti jambatan ke dewan peperiksaan SPM yang berlangsung pada 6 November 2016.




      Kini, aku dan rakan-rakan seperjuangan di seluruh negara yang lain sedang menunggu keputusan yang akan diumumkan pada minggu pertama bulan Mac tahun ini. Hanya mampu berserah kepada Allah swt kerana Dia yang menentukan segalanya, usaha sudah dan apa yang tinggal hanyalah bertawakkal. Aku dan mereka mempunyai satu harapan yang jelas, untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2016. Harapan ibu dan ayah tidak akan kami kecewakan sebagai membalas budi.








No comments:

Post a Comment